Wednesday 29 June 2011

Kesediaan Guru Bahasa Melayu Membudayakan TMK dalam pengajaran

Kesediaan Guru Bahasa Melayu Membudayakan TMK dalam pengajaran
Sejauh manakah guru khususnya guru yang mengajar bahasa Melayu bersedia mengaplikasi TMK dalam pengajaran?
Pada pandangan saya, kesediaan guru untuk memikul kedua-dua tanggungjawab ini memerlukan lebih masa lagi. Penerapan bidang teknologi maklumat di dalam bidang pengajaran kepada guru-guru sebenarnya masih lagi baru walaupun cadangan serta keinginan untuk melaksanakannya telah lama dipersetujui bersama.
Mengaplikasikan TMK dalam pengajaran sebenarnya memerlukan perhatian yang lebih lagi kerana pengolahan bahan serta penyampaiannya memerlukan daya kreatif dan inovasi yang lebih lagi supaya bahan itu tidak nampak seperti kosong dan hanya sebagai selingan sahaja bagi mencapai hasrat. Pemupukan yang lebih kreatif dalam menerapkan aplikasi TMK ini perlu gandingan pelbagai pihak jika benar-benar hendak dilaksanakannya.
Sebenarnya guru-guru di sekolah sudah bersedia untuk menggunakan TMK dalam P&P tetapi masalahnya ialah kekurangan peralatan TMK. Peralatan ini hanya terdapat di makmal komputer dan bilik-bilik khas. Guru-guru bukannya tidak mahu menggunakan tetapi perlu menunggu makmal dan bilik-bilik ini kosong baru boleh menggunakan P&P dalam TMK. terdapat juga di sesetengah sekolah yang mempunyai kemudahan TMK seperti LCD dan sebagainya namun, tidak dapat digunakan kerana sering mengalami masalah teknikal seperti kerosakan.
Matlamat pengajaran dan pembelajaran(P&P) bahasa Melayu seperti yang digariskan oleh PPK iaitu memastikan pelajar menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi, memahami sistem bahasa Melayu yang mampu mengungkap segala bidang ilmu dan kegiatan harian selaras dengan fungsi bahasa. Antara fungsi bahasa ialah bahasa perpaduan, bahasa ilmu pengetahuan yang mencerminkan akal budi rakyat dan lain-lain. Memang tidak dapat dinafikan guru-guru bahasa Melayu menghadapi pelbagai masalah dalam memastikan keberkesanan P&P seperti kurang latihan khusus, kurang pengalaman dan kekurangan bahan bantu mengajar. Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sebenarnya membantu guru-guru bahasa Melayu menghadapi reformasi pendidikan yang semakin mencabar dalam era globalisasi. Menurut Mahzan Arshad (2003), Kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis memerlukan suntikan yang baharu bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dalam penguasaan bahasa. Justeru, perkembangan pesat bidang teknologi maklumat kini, menuntut guru-guru bahasa Melayu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran ICT. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang dijalankan oleh pihak sekolah sebanyak tujuh kali setahun ( 5 oleh komuniti dan 2 oleh panitia) seharusnya diberi lebih penekanan terhadap kemahiran ICT. Hal ini demikian kerana guru-guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dengan lebih berkesan dalam kelompok yang kecil berbanding kursus yang dianjurkan oleh PPD atau JPN. Sekiranya perancangan yang teliti dibuat dalam aspek latihan guru, sudah pasti ada guru yang dapat membina bahan atau membangunkan perisian P&P bahasa Melayu seterusnya mengaplikasikan bahan tersebut dengan berkesan. Apa yang penting, guru-guru bahasa Melayu harus bersedia menerima perubahan dalam mempelajari selok-belok bahasa dan aspek bukan bahasa yakni ICT.
Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001).

Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru BM. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan (Yahya Othman, 2007).

Kekangan yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran. Stallard (1998) pula menghuraikan faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan yang sering dihadapi. Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan.

BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan
umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan. Penggunaan Internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.
.
Kekangan yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran. Stallard (1998) pula menghuraikan faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan yang sering dihadapi. Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional.

Walau bagaimana pun, .penggunaan TMK dalam pengajaran perlu dikuasai dengan baik selaras dengan perkembangan teknologi terkini. BBM dengan TMK ini dilihat mampu untuk lebih menarik perhatian murid untuk menguasai bidang ilmu yang dipelajari seperti Bahasa Malaysia, sains, matematik dan sebagainya. Justeru, ke arah mencapai matlamat semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing ke arah memantapkan dan memperkemaskan lagi penggunaan dan peralatan komputer yang ada di sekolah.

3 comments:

  1. Artikel yang amat menarik...Memang betul, kadang-kadang bila kita mahir menggunakan ICT, ada pula kekangan-kekangannya..

    ReplyDelete
  2. Artikel yang dipaparkan menarik dan dapat menarik orang untuk membaca dan tidak membosankan.Kemahiran ICT yang tinggi tahniah

    ReplyDelete
  3. tolong comen blog saya sama

    ReplyDelete