Wednesday 29 June 2011

Kesediaan Guru Bahasa Melayu Membudayakan TMK dalam pengajaran

Kesediaan Guru Bahasa Melayu Membudayakan TMK dalam pengajaran
Sejauh manakah guru khususnya guru yang mengajar bahasa Melayu bersedia mengaplikasi TMK dalam pengajaran?
Pada pandangan saya, kesediaan guru untuk memikul kedua-dua tanggungjawab ini memerlukan lebih masa lagi. Penerapan bidang teknologi maklumat di dalam bidang pengajaran kepada guru-guru sebenarnya masih lagi baru walaupun cadangan serta keinginan untuk melaksanakannya telah lama dipersetujui bersama.
Mengaplikasikan TMK dalam pengajaran sebenarnya memerlukan perhatian yang lebih lagi kerana pengolahan bahan serta penyampaiannya memerlukan daya kreatif dan inovasi yang lebih lagi supaya bahan itu tidak nampak seperti kosong dan hanya sebagai selingan sahaja bagi mencapai hasrat. Pemupukan yang lebih kreatif dalam menerapkan aplikasi TMK ini perlu gandingan pelbagai pihak jika benar-benar hendak dilaksanakannya.
Sebenarnya guru-guru di sekolah sudah bersedia untuk menggunakan TMK dalam P&P tetapi masalahnya ialah kekurangan peralatan TMK. Peralatan ini hanya terdapat di makmal komputer dan bilik-bilik khas. Guru-guru bukannya tidak mahu menggunakan tetapi perlu menunggu makmal dan bilik-bilik ini kosong baru boleh menggunakan P&P dalam TMK. terdapat juga di sesetengah sekolah yang mempunyai kemudahan TMK seperti LCD dan sebagainya namun, tidak dapat digunakan kerana sering mengalami masalah teknikal seperti kerosakan.
Matlamat pengajaran dan pembelajaran(P&P) bahasa Melayu seperti yang digariskan oleh PPK iaitu memastikan pelajar menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi, memahami sistem bahasa Melayu yang mampu mengungkap segala bidang ilmu dan kegiatan harian selaras dengan fungsi bahasa. Antara fungsi bahasa ialah bahasa perpaduan, bahasa ilmu pengetahuan yang mencerminkan akal budi rakyat dan lain-lain. Memang tidak dapat dinafikan guru-guru bahasa Melayu menghadapi pelbagai masalah dalam memastikan keberkesanan P&P seperti kurang latihan khusus, kurang pengalaman dan kekurangan bahan bantu mengajar. Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran sebenarnya membantu guru-guru bahasa Melayu menghadapi reformasi pendidikan yang semakin mencabar dalam era globalisasi. Menurut Mahzan Arshad (2003), Kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis memerlukan suntikan yang baharu bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dalam penguasaan bahasa. Justeru, perkembangan pesat bidang teknologi maklumat kini, menuntut guru-guru bahasa Melayu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran ICT. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang dijalankan oleh pihak sekolah sebanyak tujuh kali setahun ( 5 oleh komuniti dan 2 oleh panitia) seharusnya diberi lebih penekanan terhadap kemahiran ICT. Hal ini demikian kerana guru-guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dengan lebih berkesan dalam kelompok yang kecil berbanding kursus yang dianjurkan oleh PPD atau JPN. Sekiranya perancangan yang teliti dibuat dalam aspek latihan guru, sudah pasti ada guru yang dapat membina bahan atau membangunkan perisian P&P bahasa Melayu seterusnya mengaplikasikan bahan tersebut dengan berkesan. Apa yang penting, guru-guru bahasa Melayu harus bersedia menerima perubahan dalam mempelajari selok-belok bahasa dan aspek bukan bahasa yakni ICT.
Guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran guru. Ini disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh guru BM. Tiga komponen utama yang perlu ada di dalam pengajaran bahasa berbantukan komputer iaitu komputer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001).

Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan kesan yang optimum kepada pelajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada dilakukan oleh guru BM. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan (Yahya Othman, 2007).

Kekangan yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran. Stallard (1998) pula menghuraikan faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan yang sering dihadapi. Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan.

BM sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan
umum terhadap kepentingannya dalam pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan. Penggunaan komputer dalam pengajaran BM berupaya meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai BM dengan lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan pembelajaran interaktif, menggalakkan. Penggunaan Internet dalam pengajaran serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu diberikan perhatian.
.
Kekangan yang dihadapi oleh guru BM dalam melaksanakan pengajaran berbantukan komputer meliputi aspek kursus peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran. Stallard (1998) pula menghuraikan faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan yang sering dihadapi. Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu dilakukan secara profesional.

Walau bagaimana pun, .penggunaan TMK dalam pengajaran perlu dikuasai dengan baik selaras dengan perkembangan teknologi terkini. BBM dengan TMK ini dilihat mampu untuk lebih menarik perhatian murid untuk menguasai bidang ilmu yang dipelajari seperti Bahasa Malaysia, sains, matematik dan sebagainya. Justeru, ke arah mencapai matlamat semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing ke arah memantapkan dan memperkemaskan lagi penggunaan dan peralatan komputer yang ada di sekolah.

Thursday 23 June 2011

Youtube.com







Perolehan maklumat dan bahan bantu mengajar daripada youtobe. audio visual yang dipaparkan akan menarik minat murid untuk memberikan perhatian terhadap prose pengajaran dan pembelajaran. guru perlu kreatif untuk mecari bahan yang bersesuaian. video di atas hanya beberapa contoh yang di ambil dari laman youtobe. selain itu, penerokaan dalam kemahiran ict juga perlu seperti slide show, movie maker dan sebagainya dalam penyediaan ke arah p&p yang lebih menarik. dari situ guru dapat menyediakan bahan sendiri mengikut keupayaan dan tahap pencapaian murid-murid mereka. 

Tuesday 21 June 2011


1. Apa itu Blog ?
Blog merupakan sigkatan dari “Web log” adalah salah satu aplikasi web berupa tulisan-tulisan yang umum disebut sebagai posting pada halaman web. Tulisan-tulisan tersebut seringkali diurut dari yang terbaru dan diikuti oleh yang lama.
Awalnya, blog dibuat adalah sebagai catatan pribadi yang disimpan secara online, namun kini isi dari sebuah blog sangat bervariatif ada yang berisi tutorial ( contoh blog ini ), chat, bisnes dan lain sebagainya. Secara umum, blog tidak ada bezanya dengan website yang ada di internet.
Flatform blog atau seringkali disebut juga dengan mesin blog dibuat sedemikian rupa oleh para designer blog agar mudah untuk digunakan. Dulu, untuk membuat aplikasi web diperlukan pengetahuan tentang pemrograman HTML, PHP, CSS dan lain sebagainya, dengan blog semuanya menjadi mudah.

2. Cara membuat blog di blogspot

Langkah 1 : Membuat Email
Salah satu syarat yang harus dipenuhi dalam membuat blog adalah anda memiliki alamat email yang masih aktif atau di gunakan. Jika anda belum mempunyai alamat email, silahkan daftar terlebih dahulu di gmail kerana blogger adalah salah satu layanan dari Google maka ketika mendaftar ke blogger sebaiknya gunakan email gmail. Jika anda belum faham bagaimana cara membuat email,  gunakan mesin pencari google untuk mencari panduannya.

Langkah 2 : Daftar Blog di blogger

  1. Kunjungi laman web  http://www.blogger.com
  2. Setelah halaman pendaftaran terbuka, alihkan perhatian ke sebelah kanan atas, ubah bahasa yang anda kehendaki seperti bahasa Malaysia. login dengan menggunakan username serta password gmail anda ( akun email anda bisa untuk login ke blogger).
  1. Klik tombol bertuliskan CIPTAKAN BLOG ANDA.
  1. Pada paparan Beri nama blog anda, masukkan nama blog anda. Nama blog anda boleh diubah mengikut kesesuaian.
Kemudian, taipkan URL (alamat) blog anda dan nama ini tidak boleh diubah.
Kemudian Check Avaiable untuk memastikan nama tersebut boleh digunakan atau tidak.
Kemudian, klik Continue.
5.       Pada paparan Choose starter template, pilih template yang sedia ada untuk blog anda. Anda boleh mengubahg template yang anda gemari kemudia.

klik SETERUSNYA dibahagian bawah paparan ini.
  1. Tahniah “ Your blog has been created
ini bermakna anda telah berjaya membina laman blog anda.
Anda boleh memulakan blog anda dan kilik pada ikon START BLOGGING

Tuesday 14 June 2011

ICT DALAM P&P


http://www.afiffuddin.com/info-terkini/ict-dalam-pengajaran-penggunaan-ict-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran
faham tentang penggunaan ICT dalam pengajaran? Secara ringkasnya ICT adalah singkatan daripada perkataan English iaitu Information and Communication Technology yang bermaksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Jadi ICT dalam Pengajaran adalah berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran.

MAKSUD PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT.
MANFAAT ICT DALAM PEMBELAJARAN
Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:
• berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
• memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan
• meningkatkan motivasi murid
• membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )
• membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
• membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu
mahal untuk dikumpul
• mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
• membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa
• meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
• memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima
• meningkatkan kemahiran ICT